Mayat mangsa bakar, kerat selamat disemadikan
JOHOR BAHRU: Walaupun lega kerana dapat menyempurnakan pengebumian anak perempuannya yang mati dibunuh, dikerat dan dibakar, Qomarodin Bajuri, 43, menegaskan perasaan marah terhadap pelaku jenayah terbabit tidak akan padam kerana perbuatan kejam itu tidak boleh dimaafkan.
“Saya tidak akan maafkan orang yang melakukan pembunuhan ini, ia terlalu kejam,” katanya yang menunggu seawal jam 7.30 pagi semalam di Bilik Mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) sambil ditemani seorang rakan untuk menuntut jenazah anaknya, Nurrahayu, 16.Ketika ditemui selepas menuntut serpihan tulang dan tengkorak anak bongsunya itu kira-kira jam 9.55 pagi, Qomarodin berkata, pelaku jenayah terbabit tidak berperikemanusiaan kerana bertindak di luar kawalan tanpa sedikit pun rasa belas kasihan.“Saya reda, tetapi tidak dapat memaafkan perbuatan itu,” kata warga Indonesia yang memiliki taraf penduduk tetap, yang sebelum itu keluar dari bilik mayat dengan wajah tenang sambil menunjukkan isyarat ‘bagus’ dengan jarinya kepada wakil media yang turut berada di situ.
Ditanya mengenai keadaan mayat anaknya yang mesra dipanggil Ayu, Qomarodin berkata: “Semuanya lengkap, walaupun terbakar dan dikerat-kerat, sedikit rambut dan dagingnya masih ada. Saya hanya dapat membayangkan wajah Ayu.”
Jenazah Nurrahayu dibawa ke Surau Al-Ikhlas, Pulai Utama untuk disembahyangkan sejurus selesai solat Jumaat sebelum disemadikan di Kawasan Perkuburan Pulai Utama, jam 2.30 petang. Selain ahli keluarga, sekumpulan rakan mangsa turut menghadiri majlis berkenaan dan dilihat tidak dapat menahan sebak sepanjang pengebumian.
Berita Harian Online | Tak maaf pembunuh Ayu

No comments:
Post a Comment