BANGKOK: Bakal Perdana Menteri Thailand semalam menegaskan, beliau akan membuat keputusannya sendiri selaku pemimpin negara dan tidak bertindak menjadi boneka abangnya yang kini hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra.
Yingluck Shinawatra berkata, pengalamannya selama 20 tahun dalam dunia perniagaan membuktikan beliau boleh membuat keputusan sendiri.
Menurutnya, beliau akan berunding dengan pasukan pengurusan Parti Pheu Thai yang membantunya menang dan Kabinet yang akan beliau lantik.
Yingluck memberitahu wartawan asing semalam, beliau tidak boleh mengelak daripada menjadi adik Thaksin dan menggunakan ideanya untuk membangunkan Thailand. Tetapi, menurutnya, beliau akan membuat keputusannya sendiri, tanpa pengaruh Thaksin. - AFP
No comments:
Post a Comment