Saturday, July 9, 2011

Yingluck tolak berlaku inflasi akibat janji pilihan raya



DEDAH RANCANGAN MASA DEPAN: Bakal Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra, diwawancara oleh agensi berita Reuters di ibu pejabat Parti Puea Thai di Bangkok, semalam, mengenai rancangan masa depannya untuk negara itu. -- Foto REUTERS


Bakal PM Thai timbang kesan belanja besar
BANGKOK: Bakal Perdana Menteri Thailand yang baru, Cik Yingluck Shinawatra, semalam menolak kemungkinan berlakunya inflasi daripada janji-janji populisnya semasa beberkempen, sambil berkata beliau telah menimbangkan kesan-kesan perbelanjaan besar yang dirancangnya itu.
Dalam satu wawancara dengan agensi berita Reuters, adik mantan perdana menteri yang hidup dalam buangan, Encik Thaksin Shinawatra, itu juga menekankan bahawa beliau tidak menjanjikan kepulangan abangnya yang bertaraf hartawan itu ke Thailand, tetapi berkata bahawa fokus beliau adalah ke arah merangsang ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu.Ahli perniagaan berusia 44 tahun itu, yang bakal menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand, berkata beliau mahu mempercepatkan pembaharuan dalam industri telekomunikasi negara tersebut, bersama penswastaan beberapa aset negaranya.Menurut beliau, kedua-duanya boleh mempercepat pertumbuhan jangka panjang dan menambah kecekapan ekonomi Thailand.Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaannya tidak akan mempengaruhi hala tuju nilai baht Thailand, sambil berkata bahawa nilai mata wang itu harus ditentukan sepenuhnya oleh kuasa pasaran.'Kami tidak bertujuan mengawal baht. Kami lebih cenderung kepada (kuasa) pasaran,' tegasnya.Salah seorang anggota Parti Puea Thai, yang dilihat sebagai calon Menteri Kewangan Thailand, pada minggu ini berkata beliau lebih condong mengawal kadar tukaran nilai baht untuk menjadikannya lebih bersaing tetapi Cik Yingluck berkata itu bukan dasar partinya.Nilai baht ketika ini diapungkan secara bebas mengikut pasaran, dengan bank pusat Thai mengadakan campur tangan bagi mengelak daripada berlakunya ketidaktentuan berlebihan pada nilai mata wang itu.Mata wang itu kukuh sedikit sejak pilihan raya umum Thailand Ahad lalu, dengan wang asing mengalir semula ke pasaran saham sedang ketegangan politik mulai reda.Apabila ditanya mengenai kesan inflasi akibat janji-janji beliau semasa berkempen, termasuk kenaikan gaji minimum purata 40 peratus daripada Januari lalu, Cik Yingluck menjelaskan:'Kami mahu melihat kenaikan dalam perbelanjaan dan pertumbuhan GDP (Hasil Kasar Dalam Negeri)... Inflasi mungkin tidak naik banyak tetapi mungkin naik sedikit pada masa depan.'Cik Yingluck berkata beliau fokus terhadap usaha mengurangkan kos, sambil merujuk kepada janjinya mengurangkan cukai korporat kepada 23 peratus daripada 30 peratus pada tahun pertamanya dan kepada 20 peratus pada tahun selanjutnya.Beliau juga melihat ruang menswastakan syarikat-syarikat milik kerajaan bagi menjadikan Thailand lebih bersaing. -- ReutersCyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment