Pada lewat April lalu, Kemboja telah membawa pertikaian itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Kemboja antara lain mahu ICJ menjelaskan keputusan mahkamah pada 1962 berkaitan pemilikan kawasan di sekitar candi purba Preah Vihear yang berusia 900 tahun itu.
'Pada Isnin, 18 Julai 2011, Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan mengumumkan keputusannya berkaitan permohonan sementara yang dikemukakan Kemboja,' kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ICJ.
Kemboja telah meminta agar ICJ meluluskan langkah sementara iaitu meminta askar Thai segera berundur dari kawasan yang dipertikaikan itu, selain melarang sebarang aktiviti ketenteraan di situ.
Thailand tidak mempertikaikan bahawa Kemboja memiliki candi itu seperti yang diputuskan ICJ pada 1962.
Namun, kededua Phnom Penh dan Bangkok menuntut kawasan seluas 4.6 kilometer persegi yang mengelilingi candi berkenaan.
Pada Jun lalu, Thailand berkata ia akan menghormati sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh ICJ walaupun pada mulanya ia mahu mahkamah itu membuang kes berkenaan.
Pada Februari lalu, PBB telah merayu agar gencatan senjata yang kekal dilaksanakan selepas 10 terkorban dalam pertempuran berdekatan candi Preah Vihear.
Namun, pada April lalu, lagi 18 terkorban dan 85,000 penduduk melarikan diri apabila pertempuran baru tercetus.
Kemboja berkata selepas Julai 2008, Thailand telah meningkatkan aktiviti ketenteraannya di kawasan itu selepas Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) meluluskan permohonan Kemboja agar candi itu diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia. -- AFP.
Cyberita Online Luar Negara
No comments:
Post a Comment