7.00 pagi - Penyokong Bersih dipercayai mula memasuki pusat Bandar Kuala Lumpur ketika ini.
8.34 pagi - Beberapa kelompok dipercayai penyokong kelihatan di Dataran Merdeka, sekitar Masjid Jamek dan pusat beli belah Sogo.
9.20 pagi - Empat tangkapan dibuat (tiga wanita) dipercayai pelajar berusia 20-an kerana membawa beberapa tuala Good Morning untuk menutup muka semasa demonstrasi. Seorang lelaki 40-an ditahan.
9.45 pagi - Seorang warga emas 70-an ditahan memanggil petugas media supaya merakam gambarnya kerana memakai baju tertera undang-undang Islam di Jalan Tun Perak.
9.50 pagi - Polis meminta kira-kira 200 penyokong Bersih bersurai dari Jalan Melayu Off, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).
10.00 pagi – Deretan kedai di sepanjang Jalan Masjid India dan Bazar Masjid India tidak beroperasi.
10.15 pagi – Lima wanita dipercayai penyokong Bersih ditahan di Jalan Tun Perak.
11. 05 pagi – Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memasang pagar sekatan di kedua-dua arah di Jalan Tun Perak.
11. 15 pagi – Lebih 10 tangkapan dibuat di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Lumpur. Kebanyakan terdiri daripada Melayu dan disyaki pelajar.
11.16 pagi – Tiga lelaki Melayu ditahan di (Light Rail Transit) LRT Masjid Jamek kerana membawa baju T Bersih
11.19 pagi – Polis membawa keluar sebuah trak dipenuhi lelaki dan wanita Melayu dipercayai penyokong Bersih dari belakang Masjid Jamek, Jalan Tun Perak.
11.40 pagi – Sebuah black maria keluar dari stesen KTMB dengan muatan 30 orang dipercayai penyokong Bersih sementara 500 penyokong diarah bersurai.
12.55 tengah hari - Penyokong Bersih yang datang dari Jalan Masjid India dan Jalan Melaka berarak menuju ke Jalan Tun Perak. FRU sedang usaha halang.
1.00 petang - Penyokong Bersih dari Jalan Melaka berlari mengubah laluan selepas FRU bertindak.
1.02 petang - FRU bersiap sedia di hadapan LRT Masjid Jamek selepas penyokong mengubah
haluan. Kumpulan besar penyokong dipercayai melarikan diri dari Jalan Melaka tiba di Tun Perak di hadapan dataran maybank.
1.12 petang - Penyokong-penyokong Bersih dipercayai telah berhimpun di hadapan dataran maybank
1. 37 petang - Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayob, Datuk Mahfuz Omar, Muhamad Sabu dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh antara 540 individu yang ditahan. Keadaan sekitar ibu kota masih lagi terkawal kerana polis masih dapat mengawal keadaan dan keselamatan.
No comments:
Post a Comment