JAKARTA: Agensi perlindungan pekerja Indonesia di seberang laut membekalkan telefon bimbit kepada pekerja negara itu di Korea Selatan.
“Kemudahan telefon bimbit akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan keluarga dan pihak berkuasa terbabit di Indonesia secara lebih kerap,” kata Ketua agensi itu, Jumhur Hidayat, semalam. “Kami berharap bantuan ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi pekerja kita di luar negara, seperti penderaan yang menimpa pekerja negara ini di beberapa negara, termasuk Arab Saudi,” katanya. Sejak Januari lalu, seramai 2,923 warga Indonesia berlepas ke Korea Selatan untuk bekerja.
Mereka menerima telefon bimbit berkenaan sejurus tiba di Seoul dengan menunjukkan borang yang diisi di Jakarta sebelum itu.
Syarikat Nurkumala Abadi yang terbabit dalam menghantar pekerja Indonesia ke luar negara berkata, pihaknya akan membekalkan 8,000 hingga 10,000 telefon bimbit kepada pekerja negara itu setiap tahun. - JP
No comments:
Post a Comment