TEL AVIV 8 Julai – Israel hari ini bertindak menghalang beratus-ratus aktivis pro-Palestin daripada tiba ke negara ini melalui laluan udara dengan mengarahkan syarikat-syarikat penerbangan tidak membawa mereka.
Jurucakap Jabatan Imigresen Israel, Sabine Hadad berkata, kerajaan Israel mengeluarkan senarai nama terdiri daripada 342 orang dan memberi amaran penerbangan tersebut akan diarahkan berpatah balik jika membawa aktivis berkenaan, dengan kos ditanggung oleh syarikat itu.
Ekoran amaran itu katanya, syarikat penerbangan enggan membawa kira-kira 200 penumpang.
‘‘Dua wanita rakyat Amerika Syarikat (AS) yang tiba malam tadi telah dihantar pulang ke negara asal mereka,’’ katanya.
Dua wanita berkenaan pada mulanya terlibat dalam cubaan menghantar bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza dengan 10 bot flotila yang melanggar sekatan Israel.
Penganjur kempen ‘Selamat Datang ke Palestin’ berkata, kira-kira 800 aktivis akan tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion hari ini untuk satu misi kemanusiaan.
Ia berkata, aktivis berkenaan akan melawat keluarga-keluarga Palestin.
Israel menempatkan beratus-ratus anggota polis berkenaan berdekatan lapangan terbang itu bagi menghadapi kemungkinan berlakunya konfrontasi. – AFP
No comments:
Post a Comment