Thursday, October 18, 2012

AL JA'FARIYYAH TEMPAT BERSELINDUNG SYIAH GHULAT (MELAMPAU)



الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيّدنا محمد خاتم النبيّين وعلى آله وصحبه أجمعين

Amma ba'du,

Maqalah ini mengandungi sedikit daripada hakikat Syiah Jaafariyyah. Melaluinya dapat kita putuskan bahawa ianya sama sekall bukan daripada golongan Syiah yang sederhana bahkan ia satu nama yang cukup lunak untuk fahaman-fahaman clan ajaran-ajaran Syiah ghulat berselindung di sebaliknya.

Adalah menjadi kewajipan ummat Islam mengetahui tentang firqah Jaafariyyah yang sesat itu berpandukan keputusan-keputusan dan fatwa-fatwa ulamak-ulamak Islam terdahulu yang muktabar. Dan juga menjadi tanggungjawab para ulamak clan institusi-institusi keagamaan menyatakan kekufuran clan kesesatan mereka berdasarkan rujukan-rujukan utama mereka sendiri.

Ini ialah kerana ajaran-ajarannya tidak tersembunyi lagi kepada kita dan sudah cukup bukti-bukti daripada kitab-kitab muktabar mereka dan daripada sikap-sikap yang ditunjukkan oleh mereka pada masa ini.

Dalam kesempatan ini hanya dinyatakan kesesatan Syiah Jaafariyyah sahaja sementara Syiah Zaidiyyah tidak justeru Syiah Jaafariyyahlah yang menjadi masalah kepada ummat Islam hari ini. Sebenarnya Syiah Zaidiyyah yang terdapat sekarang ini juga telah diresapi oleh fahaman-fahaman Syiah Ghulat yang membawanya keluar daripada "Millah Islamiyyah" atau sekurang-kurangnya membawanya kepada bid'ah besar. Sedikit sekali pecahan Zaidiyyah yang bolehi diakui aqidahnya bersih daripada ghulu yang membawanya keluar daripada Millah.

Secara ringkas bolehlah dikatakan bahawa Syiah sederhana yang pernah ditemui oleh ulamak-ulamak salaf itu telahpun pupus atau tidak wujud lagi hari ini.

Sesungguhnya mengiktiraf Syiah-Syiah ini terutamnya Syiah Jaafariyyah sebagai Is­lam bermakna membenarkan kekufuran berleluasa atas nama Islam dan mengakui Syiah ini sebagai salah satu golongan Islam mengakibatkan kita mesti menghormati mereka walaupun mereka memiliki fahaman-fahaman dan ajaran-ajaran yang jelas bertentangan dengan agama Islam yang suci. Ini bererti satu pengkhianatan besar terhadap agama telah dilakukan oleh kita ummat Islam.

والعياذ بالله

Marilah sama-sama kita renungi firman Allah:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَتَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَار*ِجَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا ۖ وَبِئْسَ الْقَرَارُ

Bermaksud: Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekufuran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Iaitu neraka jahannan, mereka masuk ke dalamnya dan dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.

(Surah Ibrahim: 28 & 29)

Disediakan oleh: Muhammad 'Asri Yusoff, Kubang Kerian, Kelantan.

http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1683

Penjelasan lebih lanjut, pastikan anda download e-book ini, Insyaallah semakin jelas: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4578

*Yang masih tidak faham, boleh maklumkan.
 

No comments:

Post a Comment