Thursday, October 18, 2012

Apa kata Maulana al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani tentang pembunuh Hussein?



Melaknat Pembunuh Sayidina Husain

Soalan: Adakah Yazid bin Mu’awiyah layak dikutuk atau dilaknat kerana dia membunuh atau menyuruh orang membunuh Sayidina Husain, cucu Rasulullah SAW?. Atau tidak layak dikutuk kerana bukan ia yang membunuhnya dan tidak pula ia menyuruh orang lain supaya membunuhnya?.

Tidak seharusnya Yazid bin Mu’awiyah dilaknat seperti mana yang disorehkan oleh jemaah kerana Rasulullah SAW menegah orang Islam melaknat seorang Islam lain yang mendirikan solat. Begitu juga tidak dibenarkan kita melaknat orang yang sentiasa menghadapkan mukanya kea rah kiblat ketika mendirikan solat.

Golongan Ulama muta’akhkhirin pula sepakat mengatakan tidak salah bahkan harus melaknat orang yang membunuh Sayidina Husain, atau orang yang menyuruh membunuhnya, atau siapa saja yang mengharuskan pembunuhan itu atau mereka yang reda dengan pembunuhan itu. Semua golongan ini harus dipersalahkan berpandukan (mafhum) hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Daud dan Ibn Majah.

“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, peminta supaya dijualkan kepadanya pemerahnya dan orang yang meminta diperahkan untuknya, pembawanya dan orang yang diminta bawa kepadanya”.

Para Ulama termasuk Imam al-Ghazali sepakat mengatakan bahawa tiada bukti jelas menunjukkan Yazid bin Mu’awiyah yang membunuh Sayidina Husain. Begitu juga tidak ada bukti yang mengatakan Yazid yang menyuruh supaya dia dibunuh.

Dalam kitab al-Anwar juga ada menyebut. “Tidak seharusnya Yazid bin Mu’awiyah dilaknat dan tidak boleh sama sekali mengkafirkannya kerana ia masih daripada golongan orang beriman. Soal sama ada ia akan mendapat rahmat atau akan diseksa di hari akhirat nanti adalah urusan Allah SWT.”

Ada pula riwayat yang menyatakan bahawa Yazid bin Mu’awiyah, selepas pembunuhan Husain, masih memuliakan dan menghormati Ali bin Husain (cicit Rasulullah SAW) sehingga seringkali beliau menyebut tentang kebaikannya.

Maulana al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani
Furu’ al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il
[Kitab kuning]
Halaman: 35 & 36

No comments:

Post a Comment