BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menyekat larangan visa terhadap semua menteri Syria untuk perjalanan ke EU dan membekukan aset mereka di Eropah.
Menurut kenyataan EU, semua menteri tersebut harus bertanggungjawab terhadap perlakuan ganas yang berlaku terhadap penduduk mereka.

“Lebih daripada 30 syarikat dan institusi tersenarai dalam Jurnal Rasmi EU di senarai hitam termasuk  28 nama menteri,” menurut laporan itu.

Sekatan juga dikekalkan terhadap bekas menteri kerajaan Syria kerana mereka turut berkait rapat dengan perbuatan ganas.

Manakala, mereka yang bukan daripada kalangan menteri iaitu Maarouf Suleiman, pemegang pasport British yang juga kenalan rapat Presiden Bashar al-Assad, Raza Othman yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Assad serta Rami Makhlouf iaitu sepupunya juga tersenarai.

Sekatan itu dilakukan bagi meningkatkan tekanan terhadap Teheran berhubung program nuklear negara itu. -AP