[
Mari Menjayakan Kempen 1 Pelarian 1 Blanket.
Sedikit Perkongsian dari Wan Subki Wan Salleh,
"
1) Apakah objektif utama misi kemanusiaan ini diadakan?
1. Mendapat maklumat keadaan pelarian Syria sekarang,
2. Mengenal pasti keperluan sebenar Pelarian dan bentuk Sumbangan yang diperlukan
3. Mendedahkan situasi sebenar keadaan pelarian kepada masyarakat malaysia
4. Menggerakkan kempen kesedaran kepada rakyat Malaysia
5. Konvoi Misi ke Syria dua akan dibuat pada akhir bulan Oktober nanti
2) Ceritakan pengalaman sepanjang misi kemanusiaan di sana?
Misi kemanusian ini telah disertai oleh 4 orang mewakili GSS dan wakil-wakil NgO, 2 NgO yang telah menghantar wakil iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Global Peace, pesertanya ialah Naim Jusri, pengerusi GSS, Ustaz Wan Subki Naib Presiden IKRAM dan juga merangkap Pengerusi JK Luar Negara IKRAM, Ustaz Salleh Ketua Team Syria IKRAM, Ustaz Jaudah wakil Global Peace.
Misi ini juga disertai oleh Kru Tv Hijrah, Puan Syafinah, Puan Syafinaz dan CJ sebaga jurugambar. Kita mengambil peluang di sini mengucapkan penghargaan dan terima kepad Tv Hijrah kerana telah bersetuju menyertai Misi bersama kami, meneroka Kem-kem pelarian sehingga kami berjaya masuk ke Syria… Tahniah diucapkah kepada Tv Hijrah… segalanya bermula di sini…
Misi tiba di Istanbul pada 22hb Sept. disambut oleh beberapa wakil dari Rabithah Ulama’ Syria,
Hari Pertama 22hb : Berbincang dengan Wakil dari Rabithah Ulama’ Syria dan Wakil sebuah Badan Bantuan Kemanusiaan Syria.
Hari Kedua 23hb : Bertolak ke Antakya, Turki sempadan Syria., 2 Jam dengan kapal terbang
Hari Ketiga 24hb : Menaiki Van menuju ke sempadan Syria, cuba memasuki beberapa buah Kem Pelarian Syria di sebelah Turki, pada mulanya kami ke Kem Pelarian Hacipasa, Kem tersebut dikawal ketat oleh Tentera Turki, Kami hanya mengambil pandangan dari luar sahaja. Kem Pelarian tersebut berada dalam keadaan baik dan Pelarian mendapat bekalan yang mencukupi.
Oleh kerana Pelarian yang berada di Kem Pelarian di sebelah Turki mendapat bekalan yang mencukupi, Kami meneruskan perjalanan hampir 45 minit ke sempadan Syria Babul Hawa kami cuba memasuki Syria melalui pintu tersebut, tetapi keadaan keselamatan tidak mengizinkan….Kami meneruskan perjalanan ke Sempadan Syria melalui bandar Killis, hampir 4 Jam perjalanan Kami sampai ke Killis, masa tu sudah malam, kami berkesempatan ke Kem Pelarian Killis di pagar sempadan Syria, di situ ada 17,000 pelarian, sudah lewat malam kami terpaksa bermalam di Bandar Killis.
Hari Keempat 25hb : Kami terus ke sempadan Syria, untuk melihat keadaan pelarian yang terabai di sebelah Syria, Kami terpaksa berjalan kaki sejauh 3km untuk sampai ke sebelah Syria, bila tiba di Chek Point syria kami dismbut mesra oleh Tentera yang berkawal di sana…. mereka adalah tentera Pembebasan.
Kami memasuki Syria melalui bandar bernama A’zaz, iaitu sebahagian dari Aleppo ( Halab ), jarak antara A’zaz dengan Aleppo yang sedang di Bom sekarang 40KM sahaja, sempadan Syria dibawa ke Pejabat Media dan temuramah dengan pengarah Pusat Media… Selepas itu kami dibawa melawat sekitar Bandar A’zaz yang sebahagian besar hancur dibom dan ditembak oleh kereta kebal Regim Basyar. Masjid, Rumah2, Kedai, Pejabat pentadbiran dan sekolah. Bandar A’zaz di bom dengan sengit pada 27 Ramadhan, selama hampir 7 hari, akhirnya tentera pembebasan berjaya menawan bandar tersebut pada 3 Syawal yang lepas.
Penduduk A’zaz ketakutan dan mereka terpaksa tidur di bawah pokok Zaitun di sebelah malam, di siang hari mereka sama-sama membaiki kerusakan, paip air dan elektrik dll. Kebanyakan sekolah di Bom dan kalau mana yang masih ada pun tidak digunakan sebab tiada jaminan keselamatan.
3) Apakah jenis bantuan yang disalurkan kepada rakyat Syria?
Selimut dan alas tidur yang sesuai utk musim sejuk
Susu dan pampers untuk kanak2
Bekalan air minuman dan bekalan air untuk kegunaan harian
Ubat2an dan Khidmat Kaunseling.
Di A’zaz ada 2,000 pelarian… dari Aleppo.
Keadaan di kem pelarian sementara A’zaz menyedihkan, bangunan tiada dinding, tiada tandas yang sempurna, bekalan air tidak mencukupi, di situlah tempat berkumpulnya 900 orang lebih.Ramai di kalangan mereka lari sehelai sepinggang. Ada yang baru sampai sehari,2 minggu, 20 hari, sebulan bekalan makanan pun tidak mencukupi, lebih memeritkan bahawa musim sejuk bersalji akan tiba tidak lama lagi.
4) Bagaimana keadaan negara Syria dan rakyatnya ketika ini?
Semuanya berada dalam keadaan peperangan dan ketakutan, tiada Persekolahan untuk pelajar, aktiviti pengajian hanya di Masjid, Setiap hari bilangan yang mati bertambah, bilangan yang cedera, bilangan menjadi pelarian makin meningkat.
Di Turki 86,000 pelarian
Di Lubnan 100,000 pelarian
Di Jordan 150,000 pelarian
Di Iraq 85,000 pelarian
Di Syria4 Juta Pelarian
Dari 23 juta rakyat, 15 juta orang hilang pendapatan!
5) Apakah perancangan GSS pada masa akan datang demi kelangsungan misi kemanusiaan ini?
GSS merancang mengadakan misi kemanusiaan dan roadshow bermula dari sekarang bagi mengutip dana sebanyak RM 1 juta untuk disalurkan bantuan keperluan perubatan sebelum ketibaan musim sejuk.
Kempen “1 pelarian, 1 blanket” akan dilancarkan.
Konvoi Kemanusiaan akan di buat dalam tempoh sebulan dari sekarang. "
Admin : Hari ini hari Jumaat, admin merayu kepada semua, marilah berdoa sedikit untuk saudara2 kita di Syria dan kejatuhan regim Bashar Fasad dan kecelakaan tentera Pakatan Syiah di Syria yang kini sedang berperang dengan Mujahidin Syria.
Sahabat-sahabatku, bantulah saudara Sunnimu melawan Syiah dengan doa, harta, nasihat dan sebaran-sebaran am.
~MFAZ~
No comments:
Post a Comment