18 Oktober 2012
BEIRUT - Ketenangan mengerjakan solat di sebuah masjid di Aleppo musnah apabila pesawat tentera Syria mengebom tapak berkenaan semalam, membunuh dan mencederakan beberapa jemaah.
Ketua Aleppo Media Center, Tama Hazem berkata, serangan ke atas masjid Nour Al-Shuhada itu berlaku ketika solat Asar.
“Serangan menyebabkan seluruh masjid rosak. Dewan utama masjid dan menaranya telah dimusnahkan dan ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal," kata Tama.
“Tiada sebab untuk menyasarkan masjid ini dan ini bukanlah kali pertama serangan disasarkan dalam kawasan kejiranan. Tiada asas FSA berada dalam masjid dan ia jarang dikunjungi pemberontak," katanya merujuk kepada tentera pemberontak Syria.
Menurut aktivis pembangkang lagi, lebih 30,000 orang terbunuh sejak Mac 2011 apabila penunjuk antikerajaan memanggil reformasi politik menerusi jalanan menuntut pengakhiran kepada pemerintahan empat dekat keluarga Assad.
Serangan balas kerajaan dengan membuat kawalan ketat yang kejam di negara itu mengakibatkan konflik bersenjata dan perang saudara.
Presiden Syria, Bashar al-Assad menegaskan bahawa ia sedang berjuang menentang "kumpulan pengganas bersenjata."
CNN juga tidak dapat mengesahkan laporan mangsa kemalangan jiwa di Syria kerana kerajaan negara itu menghadkan capaian akses oleh wartawan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment