Thursday, October 18, 2012

Seruan mantan artis kepada umat Ahlus Sunnah di Malaysia!



Mungkin masih ramai yang mengenali seorang artis yang bernama Akbar bin Azmi suatu ketika dahulu apabila Negara kita meletup dengan wujudnya muzik ala hip-hop. Serba sedikit tentang beliau; pernah bersama-sama dengan kumpulan Nasyid Brothers pada tahun 2000 - 2005. Kemudian, beliau bergerak sendiri dengan album rap solonya. Beliau juga per
nah beberapa kali membuat penampilan bersama kumpulan hip hop terkemuka di Malaysia iaitu Too Phat dan juga kumpulan dari Singapura iaitu, Ahli Fikir. Tidak terlepas juga berpenampilan bersama-sama penyanyi, Yassin. Bakat beliau bukan sahaja pada nyanyian, juga berbakat dari segi lakonan apabila diberi kepercayaan memegang watak utama di dalam drama bertajuk Fatimah Najwa yang pernah ditayangkan di TV2, beliau juga berpeluang bergandingan dengan pelakon terkenal Ashraf Muslim dalam drama Cinta Sempurna.

Alhamdulillah, kami telah berjaya membuat sedikit temuramah bersamanya berkenaan isu Syiah yang kini begitu hangat diperkatakan. Mungkin soalan ini agak mengejutkan, mana mungkin isu seperti ini ditanyakan pada seorang bekas artis? Ternyata persoalan itu berbaloi kerana apa yang mengejutkan kami, Subhanallah. Beliau kelihatan begitu arif dan begitu bertegas ketika menjelaskan permasalahan ini. Ternyata orangnya begitu sensitif terhadap agama Allah dan apa yang penting beliau begitu utuh pegangannya dengan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kenyataannya seperti berikut:

Bismillaahi walhamdulillaah, wassolaatu wassalaamu ‘alaa rasuulillaah, wa’alaa aaliihi wasohbihii waman waa la, wa ba’d..

“Sebagaimana yang kita ketahui, gerakan Syiah semakin melebarkan sayap mereka di bumi tercinta kita, Malaysia. Gerakan agama yang kononnya berteraskan Islam ini sangat membimbangkan golongan yang prihatin dan cintakan agama. Namun, sebenarnya jika diperhatikan, gerakan agama sesat ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan Ianya berlaku di serata pelusuk dunia. lihatlah di Syria kini, aktiviti pembunuhan ke atas umat Islam dipelopori oleh penganut-penganut agama Syiah. Manakala di Iraq pula, antara faktor kejatuhan Sunni di Iraq ialah kerana puak-puak Syiah ini juga! Mereka mula membunuh orang-orang Islam di Iraq selepas kematian Saddam Hussein. Di Dammaj, Yaman pula, puak-puak Syiah telah menyerang markaz pengajian hadis di sana sehingga menyebabkan salah seorang pelajar Malaysia terbunuh. Di mana-mana sahaja di muka bumi ini, jika kita perhatikan sekarang ini, sekiranya adanya pergaduhan dan peperangan dari kalangan orang-orang Islam, faktor utama terjadinya hal ini sudah tentu kerana angkara jahat golongan yang beragama Syiah ini.

Kenapa saya katakan agama syiah? Kerana penganut agama (Syiah) ini sebenarnya tidak mempunyai Aqidah yang benar. Aqidah mereka begitu batil, dan sangat menyimpang seperti yang kita ketahui. Mereka ini berselindung disebalik nama Islam. Yang paling nyata ialah Iran, mereka sanggup menggunakan nama Republik Islam Iran demi mengelirukan umat Islam yang jahil.

Dalam konteks negara Malaysia pula, kita masih boleh perhatikan bahawa mereka ini masih belum berani menunjukkan taring sekalipun telah nampak mula berani di beberapa kawasan tertentu khususnya di sebelah negeri utara. Mereka ini masih berada dalam keadaan Taqiyyah iaitu berpura-pura mengaku sebagai seorang Sunni atau sekurang-kurangnya berbaik-baik dengan orang-orang Sunni, kerana memang itulah prinsip pengangan mereka, penipuan dan lakonan! Mereka ini tidak menzahirkan kekufuran dan kesyirikan mereka pada awal penampilan. Malah mereka ini sentiasa bermulut manis untuk memperdaya umat Islam yang lemah ilmunya tentang agama Allah. Cukuplah kita lihat kegilaan mereka di Syria yang mana mereka memaksa kaum Muslimin supaya sujud kepada gambar Presiden mereka iaitu Basyar al-Assad laknatullah padahal mereka ini hanya sekadar minoriti di Syria. Situasi di Iraq pula, mereka secara terbuka membunuh orang Islam di khalayak ramai dan juga di tempat-tempat yang lain. Maka sedarlah kita dari sekarang wahai umat Islam, jangan menunggu sehingga nasi menjadi hangit, ketika itu untuk membendungnya menjadi amat sukar sekali. Marilah kita mengambil sedikit masa bagi memahami ajaran Islam sebagai perisai buat iman dan Aqidah, jangan risau saudara saudari, tidak begitu banyak pun, anda boleh memberi masa setiap hari untuk mendalami agama Islam.

Semoga Allah memelihara kita daripada kesesatan dan kekufuran seperti penganut agama Syiah. Semoga Allah memberi hidayah kepada puak Syiah ini atau paling tidak pun memberi balasan yang setimpal keatas mereka menurut kejahatan yang mereka telah lakukan terhadap umat Islam di seluruh dunia! Semoga Allah memberi kekuatan kepada kaum Muslimin supaya kembali untuk bersatu dan kelak mampu mengalahkan musuh-musuh Allah, samaada dari kalangan Syiah atau musuh lainnya.

Seruan terakhir saya buat kaum Muslimin khususnya di Malaysia, bangkitlah pertahankan agama Islam! Tiada gunalah kita hanya sekadar megecam, menyelar dan sebagainya tetapi tidak melakukan sesuatu untuk membela agama! Demi Allah dan RasulNya aku bersama-sama dengan perjuangan ini.
Ya Allah, turunkan bantuanMu ke tempat-tempat di mana saudara-saudariku ditindas dan dibunuh, berilah mereka kekuatan untuk tetap dengan kebenaran walau mereka dalam kepahitan. Semoga kegemilangan Islam itu kembali seperti dahulu, Aamiin”.

-Akbar Bin Azmi, bekas ahli kumpulan brothers, penyanyi rap dan pelakon.

No comments:

Post a Comment