Thursday, October 18, 2012

Pangkalan tentera Nato sasaran bom trak Taliban




         
KABUL: Beberapa tentera antarabangsa dan tempatan Afghanistan cedera dalam serangan bom trak Taliban di sebuah pangkalan tentera di timur Afghanistan.

Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) Nato mengesahkan beberapa anggotanya cedera tetapi tidak mahu mendedahkan jumlahnya.
Laporan oleh pegawai Afghanistan mengenai jumlah anggotanya yang cedera ialah antara 11 hingga 45 orang. Tiada laporan mengenai kematian.

Serangan berlaku ketika tentera Afghanistan mengambil alih lebih banyak peranan dalam peperangan menentang Taliban sementara Nato mengecilkan anggotanya menjelang pengunduran sepenuhnya pada hujung 2014. - AFP

No comments:

Post a Comment