Thursday, October 18, 2012

"Tak kenal Syiah, maka tak benci, bila dah kenal, semakin benci".



Saudara-saudariku, semangat merupakan suatu hal yang begitu terpuji dan patut dijadikan contoh, apatah lagi sekiranya bersemangat dalam hal-hal yang makruf (baik) demi mempertahankan Islam. Walaubagaimanapun, unsur semangat itu tidak sempurna melainkan dengan ilmu dan stratergi.

Saudara-saudari, berapa ramai manusia yang berseman
gat pada mulanya dan berakhir dengan mengalah dan tewas. Apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Ianya kerana unsur semangat itu tidak digandingkan dengan ilmu yang mantap dan stratergi yang berkesan.

Nasihat yang baik buat saudara saudari yang bersemangat untuk mempertahankan Ahli Sunnah dan menentang Syiah agar memantapkan dahulu kefahaman terhadap ajaran Islam, Ahli Sunnah dan memahami betul sejarah dan selok belok ajaran Agama Syiah. Menyerang mereka dengan semberono akan memakan diri semula. Selepas anda mempunyai kefahaman yang mantap, maka mulakanlah pendakwahan dengan stratergi yang berkesan. Contohilah para Ulamak wahai saudara saudariku. Semoga nasihat ini bermanfaat.

Kami cadangkan agar anda baca dahulu e-book ini dalam mengukuhkan pemahaman anda terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/ASWJ/index.htm

Kemudian download e-book mengenali Syiah dan taktik mereka memerangkap Ahli Sunnah: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.275111845939068.64003.132314510218803&type=3

Dapatkan buku-buku tambahan berkenaan Syiah supaya kefahaman lebih mantap:http://www.facebook.com/media/set/?set=a.240568802726706.53262.132314510218803&type=3

Selamat berjuang wahai tentera Allah!
 

No comments:

Post a Comment