Thursday, October 18, 2012

Pejuang Islam Sinai ikrar balas dendam




         
KAHERAH: Sebuah kumpulan Islam Mesir di Semenanjung Sinai berikrar akan bertindak balas terhadap Israel kerana membunuh pejuang Palestin di Gaza, hujung minggu lalu.

“Kami, kumpulan Ansar Bayt al-Maqdes memaklumkan kepada Yahudi bahawa darah saudara Palestin kami adalah darah kami juga dan dendam mereka adalah dendam kami juga.


“Tunggu jawapan dan tindak balas kami,” kata kenyataan kumpulan itu dalam laman web aktivis Islam.

Dua pejuang Palestin, terbunuh dalam serangan Israel di Gaza, Sabtu lalu, sementara tiga lagi maut pada Ahad.


Ansar Bayt al-Maqdes (Penyokong Baitulmaqdis) mendakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ke atas Israel dari Sinai. Serangan mereka meningkat sejak penggulingan pemimpin Mesir, Hosni Mubarak, tahun lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment