Thursday, October 18, 2012

Freemason & Ahmadinejad.



Soalan ; "Seorang freemason".... sejauh mana tepatnya dakwaan ini pula?

Jawapan :

Freemason sebuah kelab pertubuhan yahudi untuk menggapai agenda mereka menguasai dunia bagi agenda besar mereka New World Order. Freemason masuk ke sesebuah negara untuk menyahudikan pemikiran dan tindakan golongan intelek di sesebuah negara. Turut menjadi sasaran freemason ialah kelompok memegang autoriti dalam sesebuah negara. Kemungkinan Ahmadinejad sebagai ahli freemason adalah satu kenyataan yang boleh diterima dan ditolak dengan hujah masing-masing. Ada yang mengaitkan beliau dengan pertubuhan itu kerana simbol "peace" dilakukan oleh beliau yang telah dirakam oleh pihak tertentu. Di sana ada pelbagai alasan untuk diterima dan ditolak. Penulis Iran dan bekas editor akhbar Kayhan International bernama Behrouz Souresrafil dalam bukunya, Khomeini and Israel menyatakan orang yang mula-mula membawa pertubuhan Freemason ke Iran ialah tokoh reformis (islah) yang terkenal, Jamaluddin al-Afghani. Orang-orang Iran sering kali mendakwa beliau (al-Afghani) sebagai berfahaman Syiah. Asas dakwaan ini seharusnya menjadi tajuk perbahasan para pengkaji Timur Tengah bagi menyelongkar hubungan persemendaan pemikiran falsafah dengan Syiah, memandangkan Afghani menjadikan pemikiran sufism dan falsafah sebagai modal pan-Islamisme pada masa lalu.

Di kalangan pengkaji tentang Revolusi Iran yang dibawa Khomeni untuk menumbangkan Shah Iran, hubungan pegawai CIA bernama General Huyser dengan kelompok revolusi Khomeini (termasuk Ahmadinejad) untuk menumbangkan Shah Iran bukanlah satu perkara rahsia kerana Amerika dan Britain tidak lagi boleh bergantung kepada Shah Iran setelah dasar beliau memiliknegarakan minyak Iran di bawah presiden Mossadegh. Kerana itu, hubungan CIA di bawah pentadbiran Jimmy Carter dengan Khomeini di Paris mula dijalankan bagi menjalankan usaha menjatuhkan Shah Iran. Khomeini sendiri menghukum bunuh ramai kalangan tentera Shah Iran yang belot kepadanya sewaktu Revolusi apabila beliau menjadi penguasa Iran bagi menutup rahsia kerjasama ini. Langkah ini turut dipersoalkan oleh ulama terkenal Indonesia sewaktu itu, Hamka dan seorang penulis/wartawan Indonesia yang membuat liputan ketika itu di Iran, Nasir Tamara dalam bukunya Revolusi Iran. Nasir Tamara ialah seorang wartawan Indonesia yang turut berada dalam pesawat Air France bersama Khomeini ketika diterbangkan dari Paris ke Tehran sewaktu Shah Iran digulingkan.

Mungkin inilah yang menjadi sebab mengapa Amerika di bawah Jimmy Carter tidak pernah bertindak ke atas kerajaan Revolusi Iran, walaupun 52 diplomatnya telah ditawan oleh mahasiswa Iran sewaktu revolusi berlaku. Sebaliknya berlaku pula rundingan antara Presiden Bani Sadr (presiden pertama kepada kerajaan wilayah faqih diketuai oleh Khomeini) dengan Reagan - Bush Tua di Paris bagi membebaskan diplomat Amerika yang ditawan di Tehran. Rundingan ini dinamakan skandal Iran-Contra di mana Amerika bersetuju menjual senjatanya kepada Iran untuk berhadapan dengan Iraq dalam perang Iran-Iraq (1980-1988 ) menerusi Israel. Akhirnya berlaku "October Surprise", iaitu peristiwa pembebasan diplomat Amerika yang ditawan oleh para revolusioner Iran, secara mengejut pada hari penabalan Reagan sebagai Presiden Amerika. Skandal Iran-Contra ini menjadi bahan sindiran presiden Clinton kepada Bush Tua sewaktu beliau menaiki takhta presiden dan kes ini menjadi perbicaraan hangat dalam Kongres sehingga kini kerana ia melibatkan sebahagian besar tokoh dalam pemerintahan Bush Muda kemudiannya.

Adapun kerja-kerja Syiah dalam membunuh umat Islam sejak 656H ( peristiwa kejatuhan Baghdad dengan kerjasama Syiah-Mongol), termasuk yang terkini - kerjasama pemerintah Iran dengan Amerika di bawah Pemimpin Agong mereka, Khamenei dan dua presiden mereka (Mohamad Khatami & Ahmadinejad) dalam pembunuhan umat Islam dan penjajahan Afghanistan (perjanjian Bonn 2001) & serta penjajahan Iraq (London Conference 2002) lebih besar dari kerja-kerja freemason untuk menguasai sebuah negara. Hari ini di Afghanistan, penguasanya ialah boneka Amerika yang berfahaman sekular Afghanistan Hamid Karzai bersama kelompok Syiah etnik Hazara dan kumpulan Komunis pro Russia. Amerika bersama Russia lah yang menaikkan takhta mereka selepas perang Dingin serta setelah Taliban ditumbangkan.

Di Iraq pula penguasanya ialah Syiah berketurunan Yahudi Nuri al-Maliki bersama etnik Kurdis yang gerilanya dilatih oleh mossad Israel. Kedua-duanya menjadi buruh kasar (boneka) Amerika yang asalnya parti dan pasukan mereka dibentuk oleh Iran semasa mereka berada dalam buangan di Iran. Tentera-tentera Iraq hari ni sebahagian besarnya ialah pejuang-pejuang militia Syiah (termasuk tentera Mehdi pimpinan Muqtada Sadr) yang dilatih oleh Iran yang diserap masuk oleh Menteri Dalam Negeri Iraq yang berasal dari Iran bernama - Bayan Jabr. Pasukan itulah menjadi pelindung kerajaan boneka bagi memudahkan urusan penjajah Amerika dan pasukan bersekutu menguasai Iraq dan merompak (menswastakan) minyak Iraq yang telah dimiliknegarakan oleh pemerintah sebelumnya.

Apabila kita membaca mana-mana buku terkini mengenai pendedahan kerja-kerja Yahudi penyembah setan ini, maka kita semua akan menemui fakta bahawa “Penjajahan Iraq” (dan Afghanistan) adalah merupakan sebahagian dari agenda Projek Abad Baru Amerika (PNAC) yang dilaksanakan oleh Zionis neo-konservatif di sebalik pemerintahan White House yang melaksanakan New World Order. PNAC berasal dari kertas kerja kumpulan think tank "A Clean Break" yang dirangka untuk pemerintahan Ariel Sharon dan Benjamin Netanyahu bagi mengubah rantau timur tengah untuk menyelamatkan Israel dan membentuk empayar Israel Raya. Idea ini diasaskan oleh sekelompok intelek Yahudi yang dinamakan sebagai neo-konservatif dan Kristian Kanan.

Selepas perang Iraq berakhir maka terbongkarlah ucapan-ucapan intelek Yahudi (neo-konservatif Zionis) ini bahawa Iraq merupakan langkah pertama kepada projek "Israel Raya" di Timur tengah, dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain pula selepas ini bakal menyusul. Mereka juga menyebutkan perang dengan Iran hanyalah sebuah retorik semata-mata bagi membentuk rantau Timur Tengah Baru yang bakal dimonopoli oleh Amerika bersama Iran. Selain Lubnan yang kuasa politiknya berada dalam genggaman Syiah Duruz bersama Syiah Imamiyyah (Hezbollah), mereka sedang merancang kejatuhan Bahrain yang kini parlimennya sedang dimonopoli oleh orang-orang Syiah dan bakal menyusul pula ialah Kuwait. Apabila anda memerhati peristiwa-peristiwa di atas, di manakah kedudukan Ahmadinejad ? Apakah fungsi dan penanannya sangat kecil menjadi ahli freemason, berbanding penanannya yang sedang dimainkannya dalam kerajaan dan agenda empayar Parsi disebalik permusuhan retorik Iran-Amerika yang selalu dijajanya?. Lihatlah kepada Iraq dan Afghanistan sebagai bukti yang jelas, bukan setakat mengandaikan betapa bahayanya jika beliau menjadi seorang ahli freemason.

Wallahu a'lam

soalan sebelumnya ; http://tenteradajjal.blogspot.com/2010/11/ahmadinejad-yahudi-tulen.html
 

No comments:

Post a Comment