Thursday, October 18, 2012

syiah sesat

Merujuk kepada akhbar Syiah iaitu Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Pemimpin Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Ustaz Abdul Ghani Shamsudin di bawah tajuk Teori Wilayatul Faqih Imam Khomeini sesuai dengan fundamental Islam sebagai berikut:

1. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin menegaskan bahawa Gagasan teori Wilayatul Faqih Imam Khomeini diterima kebanyakan Ahlus Sunnah. Persoalannya, sia
pakah para Ulama’ dari kalangan Ahlus Sunnah yang menerima doktrin atau teori menyimpang tersebut? Berkenaan doktrin Wilayatul Faqih ini telah dijawab, para pembaca boleh rujuk link tersebut untuk lebih jelas:

http://bahayairan.wordpress.com/tag/wilayatul-faqih/

2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin juga mengatakan pada perenggan terakhir bahawa Imam Khomeini selain menghidupkan agama, Pendekatan Antara Mazhab yang berbeza mampu mewujudkan suasana pendekatan di antara umat Islam. Jelas kenyataan ini salah dan para Ulama’ Islam telah pun membongkar makar Syiah disebalik perpaduan antara mazhab yang hanya menguntungkan Syiah sahaja. Hal ini telah dijelaskan oleh Syed Hawwa. Para pembaca boleh rujuk di sini:

Bahagian 1: http://www.manhal.pmram.org/2012/02/al-khomeiniah-syiah-12-imam.html

Bahagian 2: http://www.manhal.pmram.org/2012/02/syiah-al-khomeiniah-bahagian-2.html

Bahagian 3: http://www.manhal.pmram.org/2012/02/syiah-al-khomeini-bahagian-3.html

Kami begitu kecewa dengan para ilmuwan yang menjadikan tokoh-tokoh Syiah seperti Khomeini laknatullah sebagai idola, sedangkan mereka ini telah jelas memusuhi Ahlus Sunnah, mengkafirkan para sahabat Nabi dan mempersoalkan ketulenan ajaran Islam. Adakah para ilmuwan di Malaysia masih tidak melihat akan hakikat ini? Bukankah masih ramai tokoh Ahlus Sunnah yang boleh dijadikan contoh khususnya para pejuang yang berjuang membebaskan Palestin dan sebagainya?

Sekiranya kenyataan ini adalah fitnah dan bukan kenyataan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, maka kami memohon agar ianya dijawab secepat mungkin dan menjelaskan kepada masyarakat akan kekeliruannya. Nasihat buat ahli politik supaya hentikan mengatakan sesuatu yang boleh menyebabkan masyarakat meragui akidah anda.

Ini info tentang Ustaz Abdul Ghani Shamsudin: http://pru12.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=167
 

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Dalam dunia ada lebih kurang 40 peratus (mungkin kurang dan mungkin lebih) orang orang yang bernama ISLAM. Saya seorang Islam (yang HANYA MEMULIAKAN YANG HAQ - ALLAH) . Dalam AL-Quran memang jelas ALLAH MENTADBIR DUNIA (bukan manusia). Kalau sehari tak ada siang (matahari) rasanya HARU BIRU manusia. ISLAM adalah syariat NABI MUHAMMAD, SYARIAT AKHIR dan paling sempurna. NABI MUHAMMAD MANUSIA PALING sempurna.

    Dalam dunia ada 60 peratus ORANG YANG BUKAN ISLAM pun ALLAH tak hukum (nanti lepas kiamat). Ni Syiah... kenapa pula manusia yang nak HUKUM. KEBENARAN HANYA ADA PADA ALLAH . Manusia kalau saya suruh hentikan jantung walau sesaat pun tak mampu, ni nak pula mentadbir dunia. HATI HATI MANUSIA, HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU. MANUSIA dah pandai kafir kan orang. Kat Malaysia ni tangkap aje orang yang bukan ISLAM !!! Sekurang kurang nya SYIAH bersyahadah.

    Sekarang, suruh semua Jabatan Agama , KDN, Kerajaan Malaysia TANGKAP AJE yang tak ISLAM ???? So jadi lah orang yang berfikir....Kembalikan hak MENGURUS DUNIA KEPADA ALLAH YANG HAK - La Hawla Wala Qawata illah BiLLAH - ayat ini jelas manusia tiada upaya.

    KEBENARAN HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU..... Salawat kepada Nabi Muhammad, dan Muliakan ALLAH itu tugas kita manusia. Kenapalah , Manusia sibuk dengan perkara perkara CIPTAAN ALLAH . TAPI ALLAH mereka tak sibukkan.

    Jadi manusia, KITA wajib memuliakan ALLAH yang punya dunia dan bukan memikirkan dunia (ciptaannya). Kalau SYIAH tu sesat ???? ALLAH lah yang hukum mereka bukan kita. Bukan hak kita. SOAL HATI MANUSIA TAK TAHU. INI HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU.

    JADILAH MANUSIA BERFIKIR. ALLAH MENTADBIRKAN DUNIA. SEMASA KITA DILAHIRKAN (rezeki semua dah ditentukan - segalanya). MAT SALLEH KATA "NEEDS ARE PROVIDED (by ALLAH). WANTS ARE NOT NECESSARY (kemahuan tak perlu hanya NAFSU).

    Saya doakan mereka SUJUD, PASRAH, dan MENGABDI DIRI KEPADA ALLAH. Nak ikut sunnah wal Jamaah ke, Muhamaddiyah, Syiah ke bukan tugas kita nak hukum . YANG BUKAN ISLAM TU LEBIH JELAS, tangkap aje ....ALLAH pun tak hukum, kenapa pula manusia yang gatal nak hukum.


    MARI LAH KITA PULANGKAN HAK ALLAH - tiada apa pun di dunia manusia MILIKI. SEMUANYA MILIK ALLAH. Manusia hanya memiliki tidak mempunyai. Tengok STEVE JOBS (apple founder - kaya). Dia bawa mati harta dia?? Kenapa , itulah ALLAH PINJAMKAN SELAGI DIA HIDUP. BILA Mati we are ALL THE SAME. Tak kira kamu kristians , buddha, syiah , wal jamaah. Tapi kalau kita hidup didunia DAH BELAJAR UNTUK MATI, rasanya JALAN NYA MUDAH SIKIT. Tapi kalau di dunia belajar untuk hidup, makanya hehee. Ni tiap kali bangun pagi fikirkan nak cari rezeki, kan lebih baik MENCINTAI PEMBERI REZEKI . Sentiasa CINTAKAN ALLAH DAN INGAT ALLAH (pemberi rezeki). Ni rezeki yang di cari. Tak percayake yang ALLAH dah tentukan segalanya. Jadi kalau ALLAH tentukan kita PM, kita PM lah. Buat apa nak fikirkan. APAPUN YANG BERLAKU dah kententuan ALLAH, manusia hanya PERLU BERDOA sahaja kerana itu adalah urusan ALLAH................

    ReplyDelete