6 Februari 2013
Awal bulan lalu, pasukan tentera Perancis telah dikerah ke Mali, Afrika Barat untuk menyekat kemaraan kumpulan militan yang telah menawan kebanyakan bandar di negara itu sejak April lalu.
Campur tangan tentera Barat itu kononnya bertujuan untuk membebaskan negara tersebut dari cengkaman militan.
Tetapi, apakah matlamat sebenar mereka?
Apakah yang menarik perhatian tentera asing ini untuk campur tangan di Mali?
Mali hanya salah sebuah negara miskin di Afrika yang dikelilingi gurun tetapi krisis yang berlarutan hampir setahun telah menarik perhatian negara Barat.
Selain itu, negara tersebut tidak mungkin menjadi penjana serantau kerana ia bukan penyumbang utama kepada ekonomi dunia.
Ia juga bukan sebuah negara yang kaya dengan minyak atau gas asli tetapi saiznya hampir dua kali ganda lebih besar dari Perancis tanpa kawalan ketat di sempadan dikatakan memberi satu kelebihan kepada kumpulan militan untuk keluar dan masuk dengan bebas di Mali.
Negara jiran Mali seperti Niger dan Mauritania turut terkena tempias dan berhadapan dengan masalah kegiatan militan yang didakwa bersekongkol dengan Al-Qaeda.
Difahamkan, pada era 1990-an, penindasan kumpulan militan di rantau itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 100,000 nyawa.
Tahap keselamatan yang rendah di Mali termasuk di kebanyakan Afrika Barat telah memberi peluang kepada kumpulan ekstremis dan kumpulan jenayah bertapak merentasi Mediterranean hingga utara Nigeria.
Antara kumpulan militan yang aktif beroperasi di rantau itu adalah Al-Qaeda di Maghreb (Aqim), Pergerakan Individu dan Jihad di Afrika Barat (Mujao), Ansar Dine dan Boko Haram.
Kegiatan penyeludupan senjata secara berleluasa oleh kumpulan militan di utara Mali hingga mewujudkan persekitaran tidak selamat di rantau itu pernah disuarakan oleh Menteri Pertahanan Algeria, Abdelmalek Guenaizia.
Kejatuhan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi juga dipercayai menjadi punca senjata boleh diperoleh dengan mudah menerusi pasaran gelap di seluruh Afrika Utara.
Sebelum ini, agensi perisikan Barat percaya kumpulan militan seperti Aqim mempunyai senjata canggih termasuk peluru berpandu antipesawat sebagai persediaan untuk menghadapi musuh.
Krisis dan segala kekacauan di Mali didalangi kumpulan pemisah Tuareg (penyokong kuat Gaddafi) yang didakwa mempunyai kaitan dengan Al- Qaeda pada Januari tahun lalu.
Kira-kira dua bulan selepas itu, sekumpulan askar Mali yang berpaling tadah menggelar diri mereka sebagai Jawatankuasa Kebangsaan bagi Penubuhan Demokrasi (CNRDR) pula merampas kuasa daripada Presiden Amadou Toumani Toure dan turut menggantung
Perlembagaan negara tersebut.
Selain itu, Ansar Dine di bawah pimpinan Iyad ag Ghali dari puak pemisah Tuareg turut mengambil kesempatan daripada ketidakstabilan politik di negara itu dan berjaya menawan beberapa bandar termasuk Timbuktu daripada kawalan tentera kerajaan.
Mereka turut mengenakan beberapa peraturan ketat seperti mengharamkan muzik dan menjatuhkan hukuman berat terhadap individu melakukan kesalahan moral selepas menguasai kawasan di utara negara tersebut.
Menjelang musim bunga tahun lalu, Mali Utara telah menjadi wilayah terbesar di dunia yang dikawal oleh kumpulan militan.
Konflik itu juga telah menjerumuskan Mali ke dalam krisis kemanusiaan yang menyaksikan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa menjadi pelarian.
Lebih 50,000 penduduk yang mendapat perlindungan di kem pelarian Mauritania juga terdedah dengan masalah kebuluran dan dijangkiti wabak penyakit malaria serta cirit-birit.
Selain itu, kira-kira 200,000 orang turut melarikan diri ke selatan untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa keganasan kumpulan militan.
Bagaimanapun, operasi besar-besaran dalam masa singkat yang mendapat bantuan tentera Perancis berjaya merampas semula beberapa bandar utama di tengah dan utara Mali serta Timbuktu, sebuah kawasan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Tentera mendakwa kumpulan militan kini berpecah dalam kumpulan kecil dan kebanyakannya telah melarikan diri ke kawasan pergunungan.
Beberapa pihak berpendapat Barat menjadikan operasi itu sebagai eksperimen untuk menguji keberkesanan tindakan ketenteraan bagi menumpaskan kumpulan militan di rantau tersebut.
Tetapi, adakah strategi gabungan tentera tersebut benar-benar berhasil dan berjaya menamatkan kesulitan dan konflik bersenjata di Mali? - CNN

No comments:
Post a Comment