BEIRUT - Satu letupan kuat berlaku semalam dengan menyasarkan sebuah bangunan perisikan di tengah Syria menyebabkan lima askar terbunuh.
"Letupan itu adalah disebabkan satu serangan berani mati di pejabat agensi perisikan di Palmyra," kata Ketua Pemantau Syria Untuk Hak Asasi, Rami Abdul-Rahman.
Menurutnya, askar-askar Syria turut bertempur dengan para penyerang.
Palmyra terletak di wilayah Homs.
Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh di Syria ekoran pertempuran antara tentera Presiden Bashar Al-Assad dengan para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan.
Para penentang itu mahu Bashar meletakkan jawatan selepas beliau didakwa gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan kebebasan bersuara.
Pertempuran di Syria bermula pada Mac 2011. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0207&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2KAABRI4I
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment