Thursday, February 7, 2013

KDN sahkan tiga ditahan di bawah akta keselamatan



PUTRAJAYA 7 Feb. - Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan penahanan tiga rakyat tempatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ketiga-tiga individu tersebut ditangkap dalam satu operasi di Selangor dipercayai terlibat dengan kegiatan militan dan keganasan di dalam dan luar negara.
"Tetapi butiran ini masih begitu sensitif untuk saya umumkan. Kalau sekiranya pihak polis hendak maklumkan lebih daripada apa saya hendak umumkan ini, itu terserah kepada pihak polis," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130207/je_13/KDN-sahkan-tiga-ditahan-di-bawah-akta-keselamatan#ixzz2KDna7IoU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment