Thursday, February 7, 2013

Ramai pertikai kemampuan pesawat Iran



London: Pakar penerbangan meragui kemampuan pesawat dibangunkan Iran yang didakwa mampu mempunyai pelbagai kelebihan.

Berdasarkan gambar dianalisis, mereka bukan saja mempertikaikan kehebatan pesawat berkenaan, malah curiga jika ia benar-benar boleh terbang.


Seorang daripada mereka, David Cenciotti, berkata dia mengesan beberapa kelemahan ketara pada pesawat berkenaan.

“Panel depan kokpit kelihatan terlalu ringkas dan sangat kecil untuk memuatkan seorang juruterbang di dalamnya.


“Nampaknya juruterbang berada dalam sebuah pesawat mini,” katanya.


Dinamakan sebagai Qaher 313, Teheran mendakwa pesawat berkenaan boleh mengelak dikesan radar, tidak memerlukan landasan panjang untuk mendarat serta menguasai udara dengan senjata berbahaya. - DM

No comments:

Post a Comment