7 Februari 2013
TIMBUKTU - Tentera Perancis mula meninggalkan Mali secara berperingkat sehingga Mac bagi menghentikan operasi anti-pelampau yang dikaitkan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Menteri Luar Perancis Laurent Fabius berkata, penarikan balik kesemua tenteranya itu hanya dibuat selepas kerajaan Mali mampu membentuk negara baru tanpa sebarang pergolakan.
“Bermula Mac, jika semuanya berjalan seperti dirancang, bilangan tentera akan dikurangkan di utara Mali," katanya.
Beliau berkata, keadaan di Mali masih belum stabil kerana dipercayai ramai serpihan puak pelampau melarikan diri ke bandar Kidal ketika tentera Perancis melakukan serangan di Sahara,” katanya.
Ketika pergolakan tercetus sejak bulan lalu, Perancis menempatkan 4,000 tentera di negara itu dan jumlah itu menyamai kehadiran tentera 11 tahun lalu di Afghanistan.
Tentera Perancis dijangka menyerahkan kuasa kepada Angkatan Tentera Afrika bagi bandar Timbuktu, minggu ini. - AP

No comments:
Post a Comment