6 Februari 2013
TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa yang pemimpin dunia harus mengisytiharkan Hizbullah sebagai sebuah entiti pengganas selepas Bulgaria menyalahkan kumpulan itu berhubung kejadian pengeboman ke atas sebuah bas tahun lalu.
Netanyahu berkata, kumpulan itu ditubuhkan untuk melakukan keganasan di seluruh dunia dan sudah merancang untuk menyerang 12 negara.
“Kita tahu yang Iran dan Hizbullah telah membina rangkaian pengganas di seluruh dunia.
"Jadi sekarang kita mahu mendakwa Hizbullah institusi pengganas dan kita mahu tindakan dikenakan terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian selepas militan yang dikaitkan kumpulan Syiah terlibat dengan pengeboman pada 12 Julai tahun lalu di Burgas.
Lima pelancong Israel dan pemandu bas maut dalam serangan di Laut Hitam itu.

No comments:
Post a Comment