Thursday, February 7, 2013

Yazid Sufaat antara ditahan di bawah akta keselamatan

YAZID SUFAAT



KUALA LUMPUR 7 Feb. - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat bersama seorang lelaki dan wanita ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, iaitu akta baharu yang menggantikan ISA.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan perkara itu berkata, mereka yang ditahan semalam disyaki terlibat dalam kerja-kerja merekrut rakyat tempatan sebelum dihantar ke luar negara bagi menjalankan misi militan.
“Ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun itu disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Yazid merupakan bekas tahanan ISA pada 2001 sebelum dibebaskan tujuh tahun kemudian. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130207/je_14/Yazid-Sufaat-antara-ditahan-di-bawah-akta-keselamatan#ixzz2KDn8Dlsc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment