YAB Dato Sri Najib Tun Razak berpandangan jauh, beliau tahu bahawa perhubungan dengan pemimpin agama akan banyak memberi gambaran baik kepada agama Islamnya, Pope dengan kekuatan kewangan dan pengaruh yang besar mampu merubah tanggapan dunia ke mana sahaja beliau memijakkan kakinya.. Bukan bermaksud mengagungkan musuh agama Allah itu dan bukan juga hendak mencela agama Kristian tetapi menghidar dan memusuhi Vatican City tidak akan memberi kelebihan kepada Islam.
Langkah Najib melawat Pope Benedict XVI di Vatican City sepatutnya tidak dipandang serong oleh rakyatnya yang beragama Islam, tidak ada mudarat mahupun menghakis pegangan sekiranya Najib bersama Pope.
Dalam banyak hal Pope adalah seorang yang bersih pemikirannya, penumpuan kepada ketuhanan dan kesejahteraan manusia menjadikan Pope kadangkala tidak disenangi oleh Yahudi dan Israel. Peluang berjumpa Pope bukan senang tambahan pula jika tidak mempunyai jawatan besar dalam kerajaan.
—
No comments:
Post a Comment