Thursday, February 7, 2013

Pegawai Kerajaan Ni Bangang.. Ini Buktinya

07 Februari, 2013.

Pegawai Kerajaan Ni Bangang.. Ini Buktinya
Posted by Addin Deen.

Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin.

Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di peringkat cawangan.

“Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

“Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan,” katanya. ~the malaysian insider

Addin :

Janganlah beri statement berat sebelah.. dah tu negeri yang di perintah Pakatan Rakyat apa pulak citernya? Seorang penjawat awam perlulah neutral semasa bertugas, undi adalah hak masing-masing. Tolong jangan jadi bangang!!
 —

No comments:

Post a Comment