RABU, 2 SEPTEMBER 2015 @ 10:14 AM
SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter.
WASHINGTON: Korea Utara tidak akan dapat mengalahkan Korea Selatan dan dan negara sekutunya dalam sebarang konflik, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), beberapa hari selepas Semenanjung Korea hampir terjerumus dalam konflik. Krisis antara kedua-dua negara bulan lalu tercetus apabila letupan periuk api mencederakan dua askar Korea Selatan yang meronda di sempadan. Persetujuan untuk mengendurkan ketegangan itu dicapai minggu lalu. "Kita perlu memastikan bahawa Korea Utara sentiasa faham bahawa sebarang provokasi akan ditentang dan mereka tiada harapan untuk mengalahkan kita atau sekutu kita di Korea Selatan," kata Carter kepada anggota tentera menerusi siaran televisyen. Tentera AS memainkan peranan utama di Semenanjung Korea sejak berakhirnya Perang Korea 1950-1953. Hampir 30,ooo askar AS ditempatkan secara kekal di Korea Selatan. Seoul menyalahkan Pyongyang berhubung krisis terbaru itu dan bertindak balas terhadap insiden periuk api itu dengan menyiarkan propaganda menerusi pembesar suara gergasi yang dihalakan ke Korea Utara. Korea Utara menafikan sebarang pembabitan dan mengancam akan menyerang unit propaganda itu. Penyiaran propaganda itu dihentikan menerusi persetujuan yang dicapai. - AFP
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78950

No comments:
Post a Comment