Wednesday, September 2, 2015

'Ringgit jatuh, galak kemasukan pelancong luar'

Kuala Lumpur: Kejatuhan nilai ringgit menggalakkan kemasukan pelancong luar negara ke Malaysia sekali gus membantu menaikkan semula ringgit.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelancong luar perlu menukar kepada ringgit kerana negara tidak menerima mata wang asing dalam transaksi.
Katanya, apabila ramai membeli ringgit, maka nilai ringgit akan naik.
"Jadi apabila ramai melawat Malaysia dan membeli ringgit, maka ia akan mewujudkan permintaan terhadap mata wang negara.
"Secara logiknya nilai ringgit akan naik semula," katanya ketika sidang media Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 1:21 PM


MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. FOTO Arkib NSTP/Asyraf Hamzah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74459#sthash.ZoTucaQJ.dpuf

No comments:

Post a Comment