Wednesday, September 2, 2015

Polis panggil lima peserta perhimpunan haram

Oleh Ardyhansah Amat
Kota Kinabalu: Polis memanggil lima individu bagi membantu siasatan selepas didakwa terbabit dalam perhimpunan haram di Teluk Likas minggu lalu, di sini, hari ini.

Antara individu yang dipanggil termasuk Pengerusi Bersih Sabah, Jannie Lasimbang dan Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt yang juga antara individu berucap ketika perhimpunan itu berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Azhar Hamin ketika dihubungi berkata, tiada penahanan dilakukan dan pihaknya hanya merakamkan keterangan semua individu terbabit bagi membantu siasatan.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan dan mengganggu gugat demokrasi berparlimen di negara ini.

Sementara itu, Jannie berkata, beliau bersama empat individu termasuk Tien Fatt tiba di IPD Kota Kinabalu selepas dimaklumkan untuk berbuat demikian hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 6:32 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74500#sthash.4aUoBznV.dpuf

No comments:

Post a Comment