Wednesday, September 2, 2015

Soyuz berlepas dengan 3 angkasawan ke ISS BAIKONUR,

RABU, 2 SEPTEMBER 2015 @ 1:21 PM

 Kazakhstan: Kapal angkasa Soyuz dengan tiga angkasawan sedang menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas dilancarkan pagi tadi. Mereka dijangka berlabuh di ISS dalam masa dua hari. Kapal angkasa itu berlepas mengikut jadual dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan pada 0437 GMT, membawa angkasawan Russia, Sergei Volkov; angkasawan Kazakhstan, Aidyn Aimbetov; dan angkasawan Denmark, Andreas Mogensen. "Kru berada dalam keadaan baik, semuanya di atas kapal angkasa itu adalah baik," menurut Pusat Kawalan Misi di Baikonur. - AFP


KAPAL angkasa Soyuz TMA-18M yang membawa tiga angkasawan dilancarkan pagi tadi di Baikonur menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). - Foto AP DISYORKA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78972

No comments:

Post a Comment