Pelabuhan Klang: Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berhubung kehadiran dan ucapannya pada perhimpunan haram hujung minggu lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74686#sthash.kZx9Yupx.dpuf
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga akan meneliti setiap ucapan yang dibuatnya termasuk dakwaan Ketua Bahagian UMNO menerima rasuah.
"Polis akan memanggil beliau (Tun Mahathir) untuk merakam keterangan dan mahu mengetahui dari mana maklumat yang diperoleh tentang dakwaan rasuah yang diterima Ketua Bahagian UMNO," katanya dalam sidang media dalam Majlis Memperingati Hari Polis Marin ke-68, di Markas Polis Marin Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.
Khalid berkata, selain itu polis juga akan memanggil penganjur perhimpunan haram itu bermula hari ini untuk dirakam keterangan.
Katanya, mereka yang terbabit tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan dan polis tidak akan berkompromi dengan pihak yang sengaja mencabar undang-undang.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 10:56 AM
No comments:
Post a Comment