Wednesday, September 2, 2015

Tawaf guna segway

Makkah: Rakaman video menunjukkan seorang lelaki tawaf mengelilingi Kaabah dengan mengguna ‘papan segway’ mengundang banyak pandangan dan permintaan untuk mendapatkan penjelasan daripada ulama.
Klip video itu menjadi viral selepas ia dimuat naik ke Internet sejak beberapa hari lalu.
Pengguna laman sosial berbeza pendapat mengenai perbuatan jemaah itu.
Kebanyakan pengguna bagaimanapun menyuarakan rasa terkejut melihat lelaki itu, yang dipercayai sihat, menggunakan papan segway itu untuk tawaf, sebahagian daripada rukun umrah dan haji.
Beberapa pengguna berkata, sekiranya lelaki berkenaan berdepan masalah kesihatan, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 7:05 AM


GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukkan seorang jemaah tawaf menggunakan papan segway. Gambar kecil, papan segway.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74535#sthash.vh8xTGF2.dpuf

No comments:

Post a Comment