1 SEPTEMBER 2015
"Ketika dihampiri Maritim, bot nelayan itu menuju ke arah selatan Pulau Gaya dan tiga orang suspek berjaya melarikan diri ke kawasan hutan pulau itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas bot itu membawa kepada penemuan 300 kilogram ikan pelbagai jenis dipercayai dibom, namun tiada sebarang peralatan tangkapan ikan ditemui dalam bot itu.
Katanya, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM10,000 termasuk hasil tangkapan ikan. - Bernama
KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dipercayai tidak berdaftar di perairan Kota Kinabalu, Khamis lalu.
Ketua Penguatkuasa Maritim Kota Kinabalu, Kapten Zin Azman Md Yunus berkata, bot itu ditahan pada 5 petang ketika sedang menghala ke Kota Kinabalu.
"Ketika dihampiri Maritim, bot nelayan itu menuju ke arah selatan Pulau Gaya dan tiga orang suspek berjaya melarikan diri ke kawasan hutan pulau itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas bot itu membawa kepada penemuan 300 kilogram ikan pelbagai jenis dipercayai dibom, namun tiada sebarang peralatan tangkapan ikan ditemui dalam bot itu.
Katanya, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM10,000 termasuk hasil tangkapan ikan. - Bernama
No comments:
Post a Comment