Penyokong Bersih 4.0 membanjiri kawasan berdekatan Stesen Masjid JamekKOTA BHARU - Perhimpunan Bersih 4.0 dilihat hanya merugikan negara termasuk menjejaskan hubungan diplomatik.
Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azam Ismail berkata, perhimpunan itu bukan sahaja berlaku di negara ini, malah turut menular ke negara lain.
“Bagi saya, perhimpunan Bersih 4.0 adalah satu demonstrasi yang tidak baik dan menunjukkan perkembangan tidak sihat, malah pada situasi sekarang, ia dilihat hanya untuk meruntuhkan kerajaan.
“Demonstrasi yang berlaku kali ini dilihat dihadiri kelompok skala besar dan penglibatan ketara luar negara yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik,” katanya kepada pemberita ketika menyertai Perarakan 100 Kuda Merdeka, anjuran All Stable Teluk Kitang di Pengkalan Chepa.
Mohd Azam yang juga Ketua Pemuda Ketereh berkata, banyak kesan buruk boleh berlaku atas rasa tidak puas hati termasuk keselamatan negara, kesan ekonomi dan suasana politik negara.
“Saya cukup yakin ahli Pemuda Umno Kelantan tidak terlibat dengan perhimpunan Bersih 4.0, bagaimanapun saya mengingatkan mereka supaya jangan sekali-kali terpengaruh dengan usaha ini.
“Dalam kalangan orang muda, kaedah ini boleh menghancurkan kerajaan dan himpunan ini bukanlah kaedah atau saluran yang tepat untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment