Wednesday, September 2, 2015

Wakil Rakyat Gelar Kanak-Kanak Istimewa 'Terencat' Didesak Letak Jawatan


Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 9:41 AM
Bob Ferrer dikecam kerana menggelarkan murid-murid di sekolah khas sebagai 'terencat'.

SEKUMPULAN ibu bapa mendesak seorang wakil rakyat supaya meletakkan jawatan selepas menggelarkan kanak-kanak di sebuah sekolah khas sebagai 'terencat'.
Mail Online melaporkan satu petisyen telah dilancarkan bagi mendesak ahli Bebas, Bob Farrer, 72, yang mewakili Majlis Daerah Bandar St Neots dan Daerah Huntingdonshire supaya meletakkan jawatan itu.
Farrer sebelum ini merupakan wakil Parti Bebas United Kingdom (UKIP) selepas lompat dari parti Konservatif tetapi kini merupakan ahli majlis Bebas untuk St Neots di Cambridgeshire.
Dalam satu mesyuarat yang diadakan pada Khamis lalu, Farrer yang menjadi ahli majlis selama 22 tahun merujuk sebuah sekolah khas, Sekolah Trinity sebagai 'sekolah baharu untuk terencat'.
Setakat ini, petisyen itu yang telah mengumpulkan lebih 2,100 tandatangan mengatakan bahawa seorang ahli majlis yang dipilih rakyat merujuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan khas sebagai 'terencat' adalah tidak boleh diterima sama sekali.
"Beliau tidak memohon maaf dan berpendapat bahawa permohonan maaf cukup menyelesaikan isu ini.
"Tiada tempat di kalangan pihak kerajaan untuk mereka yang menggunakan perkataan menyinggung perasaan terutamanya sebagai rujukan untuk kanak-kanak."
Sepasang ibu bapa memberikan komen pada petisyen itu dengan mengatakan: "Anak lelaki saya menghidap sindrom down, dia seorang manusia yang sempurna yang menjadikan kehidupan itu begitu bernilai. Terencat merupakan perkataan yang amat menyingguh perasaan dan ia akan menjadi bertambah buruk apatah lagi ia digunakan oleh seseorang di kalangan pihak berkuasa." 
Bercakap kepada Mail Online, Farrer berkata, beliau 'tidak akan memberi komen mengenai sesuatu yang bodoh'.
Bagaimanapun katanya: "Orang ramai di media sosial yang memanaskan keadaan. Saya berpendapat bahawa media sosial adalah perkara yang paling buruk pernah diciptakan.
"Jujurnya, ia (tindakannya) tidak membimbangkan saya. Saya gunakan perkataan yang saya gunakan semasa saya kecil.
"Perkataan-perkataan telah berubah sekarang tetapi setahu saya tiada masalah dengannya.
"Ia hanya disebabkan orang ramai yang sibuk untuk menjadikan keadaan huru-hara.
"Saya benar-benar tidak mahu memberi komen tentang perkara ini. Jika anda tanya saya, banyak lagi masalah di St Neots daripada perkara ini."
Ditanya mengenai rancangannya untuk meletakkan jawatan, Farrer berkata: "Jangan jadi bodoh. Saya tidak akan letak jawatan kerana perkara ini. Kenapa perlu saya (letak jawatan)?" - Mail Online

No comments:

Post a Comment