Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, selain Dr Mahathir, penganjur, pemimpin parti politik, aktivitis serta individu yang dikenal pasti juga akan dipanggil untuk memberi keterangan mengenai penglibatan mereka dalam perhimpunan tersebut.
 
"Ya termasuk (panggil Tun Mahathir). Kita akan panggil beliau. Tun telah membuat beberapa ucapan dan pelbagai tuduhan.
 
"Jadi kita mahu tahu lebih lanjut apa yang dimaksudkan dan dari mana maklumat diperolehi. Contohnya Tun membuat kenyataan bahawa Ketua-ketua Umno Bahagian ada menerima rasuah. Jadi kita  nak tahu lebih lanjut. Harap beliau beri kerjasama," katanya pada sidang media majlia Peringatan Hari Pasukan Polis Marin ke-68, hari ini. 
 
Khalid bagaimanapun tidak menyatakan bila pihak polis akan memanggil bekas perdana menteri itu.