Tuesday, August 24, 2010

Khalid kena desak buat aduan polis




2010/08/24

SHAH ALAM: Lebih banyak pihak semalam mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat laporan polis berhubung penemuan kamera video tersembunyi di pejabatnya, kira-kira dua minggu lalu jika beliau mahu dilihat bersikap telus dalam pentadbirannya. 

Tindakan itu perlu bagi mengelak spekulasi yang penemuan terbabit hanya sandiwara Abdul Khalid untuk mengalih perhatian rakyat sekali gus menutup kelemahan pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor.Ahli Parlimen Kapar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikavasagam, berkata Abdul Khalid tidak sepatutnya mengambil sikap berdiam diri berhubung perkara itu, sebaliknya membenarkan polis menjalankan siasatan.Kita tidak tahu siapa yang letak. Sama kalau jumpa peluru, kita kena buat laporan polis. Saya tak tahu kenapa beliau takut. 

Kalau anda rasa ada sesuatu yang tidak kena, anda harus membuat laporan polis supaya polis boleh siasat, katanya semalam. 

Manikavasagam berkata, Abdul Khalid wajar menyiasat dan menukar kakitangannya yang pernah bekerja dengan pentadbiran terdahulu. 

Katanya, beliau tidak mempercayai kakitangan di Pejabat Menteri Besar berikutan ada antara mereka yang pernah berkhidmat dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN). 
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus, pula berkata Abdul Khalid sepatutnya tidak menyentuh kamera video berkenaan pada hari ia ditemui jika benar apa yang didakwa menteri besar itu. 

No comments:

Post a Comment