ANKARA: Turki mengeluarkan Iran daripada senarai negara yang mengancam keselamatan negaranya, semalam.
Senarai yang dikemas kini Majlis Keselamatan Kebangsaan Turki itu tidak lagi merujuk Iran sebagai ‘ancaman tertentu’, lapor akhbar Milliyet. Sebelum ini, Iran termasuk dalam senarai negara yang dikhuatiri memberi ancaman kepada Turki. Anggota Majlis terbabit yang terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin tentera tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.
Perkembangan terbaru itu menimbulkan kebimbangan Barat yang khuatir jika kedua-dua negara berkenaan bekerjasama bagi memajukan senjata nuklear. - AFP
No comments:
Post a Comment