SEGAMAT: Kegigihan sembilan lelaki mengisi masa lapang hujung minggu masing-masing dengan menceroboh lapang sasar Kementerian Pertahanan dekat Jementah di sini, untuk melombong emas secara haram berakhir dengan ditahan anggota tentera menerusi dua tangkapan pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Mereka ditahan sepasukan tujuh anggota tentera dari Kem Syed Sirajudin, Gemas, yang meronda lapang sasar terbabit sebelum terserempak kumpulan lelaki itu ketika sedang asyik melombong secara mendulang emas dengan menggunakan kuali untuk mengayak tanah dan pasir dalam usaha mengesan hablur emas.Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata tujuh lelaki termasuk seorang lelaki keturunan Vietnam yang sudah mempunyai taraf penduduk tetap, ditahan ketika sedang mendulang kira-kira jam 5.40 petang pada Jumaat lalu.“Dua lagi lelaki seorang daripadanya petugas Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) dan rakannya penduduk tempatan ditahan pada Sabtu kerana kegiatan sama.
“Mereka yang mendirikan pondok untuk berteduh di kawasan itu, dikesan menjalankan kegiatan terbabit berbekalkan pam air dan gerudi bagi memecah tanah sebelum menggunakan kuali untuk mengayak mengesan hablur emas yang tersembunyi,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Sehubungan itu, katanya, anggota tentera turut merampas dua motosikal lasak dipercayai digunakan kumpulan lelaki terbabit untuk memasuki kawasan larangan itu serta sebuah botol berisi tanah yang bercampur habuk emas, generator pam air dan mesin gerudi.
“Ketika disoal siasat, kumpulan lelaki terbabit mendakwa masing-masing menceroboh kawasan itu secara bersendirian untuk mengambil kesempatan mencari emas kerana mendengar khabar mengenai kehadiran logam berharga di kawasan itu.
“Kawasan yang tidak berpagar itu dikatakan menjadi tumpuan kegiatan pihak yang menceroboh untuk melombong emas secara haram menggunakan kaedah mendulang sejak lapan bulan lalu,” katanya.
Beliau berkata, habuk emas yang dikumpul hasil kegiatan melombong itu dijual kepada peraih di Muadzam Shah, Pahang dan berdasarkan harga emas semasa, mereka dipercayai mampu meraih hasil yang lumayan.
Berita Harian Online | 9 mendulang emas di lapang sasar kena tahan

No comments:
Post a Comment