ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 40-an ditahan polis kerana memiliki 43 helai baju bercetak logo Bersih di sebuah rumah di KM4, Jalan Changlun, awal pagi semalam. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki itu ditahan dalam serbuan pada jam 2 pagi setelah pihaknya memperoleh beberapa alamat rumah, hasil siasatan susulan serbuan di sebuah premis mencetak baju Bersih di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, kelmarin. “Kami menjumpai baju kuning logo Bersih itu dalam sebuah kereta jenis Toyota milik suspek yang diparkir di depan rumahnya,” katanya. Menurutnya, buat masa ini, pihaknya masih menyiasat hubungan antara lelaki terbabit dengan premis mencetak baju Bersih yang digeledah kelmarin. “Kami sudah dapat mengesan pemilik premis mencetak dan menjahit baju itu, tetapi ia bukannya pemilik premis berkenaan. "Mungkin pemilik bangunan itu menyewa premis itu kepadanya,” katanya. Ahmad berkata, pihaknya juga masih menyiasat individu yang menempah baju Bersih berkenaan. Kelmarin, polis berjaya merampas 150 helai baju kuning logo Bersih serta tiga blok mencetak baju Bersih dalam serbuan ke atas sebuah rumah kedai dua tingkat, di Taman Nuri. Polis turut menahan tiga lelaki, dua daripadanya adalah warga Bangladesh termasuk tiga wanita rakyat tempatan kerana mencetak baju Bersih. |
Wednesday, July 6, 2011
Lelaki ditahan, 43 helai baju Bersih ditemui
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment