Tuesday, July 19, 2011

Ansor basmi radikalisme

JAKARTA: Kumpulan pemuda Islam Indonesia mewujudkan satu unit untuk menangani fahaman radikal dalam komuniti Islam disamping membantu polis memusnahkan bom buatan sendiri, kata pengerusinya, semalam.

Kumpulan pemuda Ansor - yang berkait rapat dengan organisasi Islam terbesar negara itu, Nahdatul Ulama (NU) yang mempunyai 60 juta anggota - berkata, unit itu mempunyai lebih 200 ahli, sesetengahnya dilatih memunaskan bom.


Pengerusinya, Nurson Wahid berkata, unit itu yang dikenali sebagai skuad Densus 99, sebagai sokongan kepada skuad antipengganas Densus 88, dilatih untuk melindungi orang ramai daripada terpengaruh dengan kumpulan pelampau. “Skuad Densus 99 tidak akan campur tangan...dalam penguatkuasaan undang-undang atau melancarkan serbuan dan menahan pengganas,” katanya.

Menurutnya, kumpulan itu akan melatih lebih ramai orang dan kemudian menghantar mereka ke 17 wilayah yang dirasakan mudah terpengaruh dengan ajaran kumpulan pelampau termasuk di beberapa bandar di Pulau Jawa. - AFP

myMetro | Ansor basmi radikalisme

No comments:

Post a Comment