Tuesday, July 19, 2011

Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa selamat dikebumi

KUALA LUMPUR: Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Sebelum itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.


Hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil . Dr Lo’ Lo’, 54, meninggal dunia pada jam 10.13 malam kelmarin di Hospital Selayang akibat barah paru-paru. Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Prof Madya Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan.

myMetro | Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa selamat dikebumi

No comments:

Post a Comment