LUKUT – Seorang isteri yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ketiganya buntu selepas suaminya tidak pulang ke rumah sejak dua minggu lalu.
Afi Fatul Rahima, 35, berkata, kali terakhir dia bersama suaminya, Azri Salleh, 36, adalah pada 30 Jun lalu.
Menurutnya, pada hari itu, sekitar jam 5 petang, suaminya seorang nelayan memberitahu ingin keluar untuk memeriksa minyak subsidi yang diterimanya.
“Namun kira-kira dua jam kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan memberitahu suami saya dipukul oleh beberapa lelaki di sekitar Kampung Arab dan kemudiannya dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.
“Saya bergegas ke tempat kejadian, namun yang ada hanya motosikal suami,” katanya ketika ditemui di Pejabat Parlimen Telok Kemang, semalam.
Afi Fatul berkata, sejak kejadian itu, dia tidak pernah menerima apa-apa berita atau panggilan telefon berkaitan kehilangan suaminya.
“Malah talian telefon milik suami saya juga sudah tidak aktif. Saya ada juga cuba menghubungi rakan–rakannya tetapi mereka semua tidak tahu,” katanya.
Afi Fatul berkata, dia runsing memikirkan keadaan suaminya sementara dirinya menunggu hari bersalin.
“Anak-anak yang lain juga masih kecil dan bagi menampung perbelanjaan kami, saya membuat kuih untuk dihantar ke kedai makan.
“Pendapatan yang diperoleh hanya mampu meringankan beban suami,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini, suaminya tidak pernah bercerita sebarang masalah yang dihadapi sama ada berkaitan kewangan atau sebagainya.
“Sebab itulah sehingga kini saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya punca kehilangan�nya,” katanya.
Afi Fatul adalah isteri kedua Azri merupakan seorang warganegara Indonesia sementara isteri pertamanya, Ramlah Omel, 50, juga dari negara sama.
Afi Fatul, dia berkahwin dengan Azri yang juga warganegara Malaysia sejak sembilan tahun lalu.
“Ramlah adalah seorang suri rumah tangga dan mempunyai empat anak yang masih bersekolah,” katanya.
Katanya, diharap orang ramai yang melihat suaminya boleh hubungi talian 016-9045092 atau 012-9715092.
Sementara itu, Afi Fatul membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah sebanyak tiga kali termasuk oleh ibu mertuanya.
No comments:
Post a Comment