Presiden ICJ, Hakim Hisashi Owada ketika membacakan keputusan itu berkata, kedua-dua pihak perlu mengundurkan tentera masing-masing yang kini berada di zon bebas tentera sementara itu.
''Kedua-dua pihak juga perlu mengelak menempatkan tentera masing-masing dalam zon berkenaan,'' katanya di sini.
Kemboja pada April lalu membawa isu tuntutan ke ICJ bagi mendapatkan interpretasi keputusan ICJ pada 1962 berhubung kuil Preah Vihear yang berusia 900 tahun.
Walaupun Thailand tidak mencabar pemilikan Kemboja ke atas kuil itu di bawah keputusan ICJ pada 1962 tersebut, Phnom Penh dan Bangkok masing-masing menuntut kawasan seluas 4.6 kilometer persegi di sekitar kuil itu.
Kedua-dua negara itu secara lisan membentangkan hujah masing-masing pada hujung Mei lalu dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Namhong meminta pengunduran tentera Thailand dengan segera dan tanpa syarat dari kawasan jajahan negara itu di kawasan berdekatan Preah Vihear selain mengelak tindakan menceroboh haknya.
Duta Thailand ke Denmark, Virachai Plasai pula berhujah menyatakan Thailand mahu ICJ menolak kes tuntutan Kemboja itu.
Pada Februari lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta gencatan senjata dilaksanakan selepas 10 orang maut dalam pertempuran berdekatan kuil tersebut.
Bagaimanapun, pertempuran baru berlaku pada April lalu mengakibatkan 18 orang terbunuh dan beribu-ribu penduduk melarikan diri dari kawasan berkenaan. - AFP/Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara
No comments:
Post a Comment