LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron, berkata kerajaan tidak akan membiarkan “budaya ketakutan” menguasai jalanan negara itu dan polis menyediakan pelan sokongan bagi menangani rusuhan, jika perlu.
“Kerajaan akan melakukan apa yang termampu bagi mengembalikan keamanan di jalanan kita. Tiada satu kemungkinan pun diketepikan, termasuk menggunakan meriam air yang selama ini tidak pernah digunakan di England,” katanya.
Istilah “budaya ketakutan” adalah ungkapan digunakan kebanyakan cendekiawan, ahli politik dan wartawan bagi merujuk kepada tindakan sesetengah pihak mencetuskan kekacauan bagi mencapai objektif politik mereka. - AP-hmetro
No comments:
Post a Comment