Thursday, August 11, 2011

Lima rakyat Malaysia ditangkap kes dadah RM12.31 juta di Australia



SYDNEY - Polis di Australia yang melakukan siasatan sindiket penyeludupan heroin dan methylamphetamine telah menangkap lima rakyat Malaysia dan merampas dadah bernilai AS$4.1 juta (RM12.31 juta), kata beberapa pegawai semalam.
Menurut polis, dua ketua sindiket dadah itu berusia 48 tahun dan 28 tahun ditangkap pada lewat kelmarin di sini manakala seorang lagi ditangkap di sebuah restoran di kawasan Cina.
Polis berkata, ketua-ketua sindiket dadah itu pergi ke Australia dari Malaysia dengan tujuan untuk memantau penubuhan rangkaian baharu dadah methylamphetamine atau ais.
Pasangan itu didakwa membekalkan sejumlah kuantiti heroin untuk tujuan komersial.
Polis menyatakan, ia merampas kira-kira dua kilogram heroin dan dua kilogram ais berhubung sindiket berkenaan.
Dua lagi lelaki berusia 38 tahun dan 39 tahun ditangkap di Sydney dengan dakwaan membekal dadah, terlibat dalam sebuah kumpulan jenayah dan berurusan untuk memulakan jenayah.
Suspek kelima berusia 23 tahun ditahan di Victoria.
Menurut Ketua Polis Skuad Jenayah Asia, Scott Cook, siasatan itu telah menjejaskan rangkaian pengedaran di Australia yang ditubuhkan sindiket berkenaan. - AFP, kosmo

No comments:

Post a Comment