IPOH 10 Ogos - Seorang tukang kebun, R. Poonga hari ini meminta polis membebaskan anaknya P. Manivanan, 20, yang ditahan polis tanpa bicara di bawah Ordinan Darurat (EO), sejak Mei lalu.
Poonga, 57, berkata, anaknya ditahan kerana didakwa terbabit dalam kes jenayah.
"Malah, anak saya mendakwa dia dipukul dengan wayar semasa dalam tahanan polis walaupun dia tidak melakukan jenayah," katanya pada sidang akhbar di luar bangunan Ibu Pejabat Polis (IPK) Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa menghadiri protes bersama-sama Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.
Kira-kira 30 orang mengadakan protes secara aman mengenai EO di luar bangunan IPK di sini pukul 9.15 pagi hingga pukul 10.30 pagi.
Manivanan ditahan pada 7 Mei lalu pukul 4.30 petang di sebuah rumah sewa di Tanjung Malim dan ditahan di Balai Polis Slim River.
Pada 6 Julai lalu, Manivanan ditahan tanpa bicara pula di bawah EO.
Poonga dari Chemor berkata, walaupun dia tidak melihat kesan kecederaan yang dialami anaknya itu tetapi tindakan polis memukul anaknya dengan wayar adalah tidak wajar.utusan
No comments:
Post a Comment