Wednesday, August 10, 2011

DAP pecat tiga anggota langgar disiplin parti

KUALA LUMPUR: DAP memecat tiga anggotanya kerana melanggar disiplin parti, kata pengerusi jawatankuasa disiplin, Tan Kok Wai. Mereka ialah Puah Ju Kian (cawangan Teluk Gadong), Yap Kon Min (cawangan Serdang Baru) dan Tan Chew Wah (cawangan Kampung Baru Balakong). "Jawatankuasa disiplin mengadakan pendengaran bagi ketiga-tiga mereka pada 5 Ogos di Ibu pejabat parti dan berpuas hati bahawa penjelasan yang diberikan tidak dapat mewajarkan tindakan mereka yang menjejaskan kepentingan parti dan semangat setiakawan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Puah dipecat kerana salah tadbir hal ehwal cawangan, Yap pula kerana berterusan dan secara terbuka membuat tuduhan fitnah terhadap pemimpin parti dan Chew Wah kerana secara berterusan dan terbuka menyerang secara peribadi pemimpin parti. Bagimanapun, mereka dibenarkan untuk merayu dalam tempoh 14 hari terhadap keputusan jawatankuasa disiplin kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti menurut klausa VII perenggan 3 Perlembagaan parti," kata Tan. - BERNAMA -bharian

No comments:

Post a Comment