Wednesday, August 10, 2011

Polis Brazil keluar waran tangkap terhadap pegawai pelancongan

BRASILIA: Polis Persekutuan Brazil mengeluarkan 38 waran tangkap terhadap pegawai Kementerian Pelancongan dan ketua syarikat yang disyaki menyalahgunakan dana awam. Penyiasatan dibuat sebulan selepas penyelewengan yang sama dibongkar dalam Kementerian Pengangkutan. "Penyiasatan polis mendapati bukti kukuh penyalahgunaan dana awam yang digunakan untuk latihan vokasional," kata polis dalam kenyataan. - AFP-bharian

No comments:

Post a Comment